Cara Lain untuk Mengelak daripada Terkena Jangkitan Virus H1N1
Bismillahirrahmanirrahim...
Perkembangan terkini negara kita menunjukkan sudah lebih daripada 10 kematian yg berlaku disebabkan H1N1 yg sedang hebat melanda di seluruh dunia. Hospital-hospital dipenuhi dgn pesakit dan mereka yg datang bagi memeriksa kesihatan. Pesakit terpaksa beratur berjam-jam bagi mendapatkan rawatan. Kegusaran dirasai bukan sahaja oleh mereka yg balik dari luar negara, malah semua mula merasa gusar. Perkembangan ini membimbangkan semua pihak.
Sebagai seorang Islam, marilah kita kembali kepada kaedah yg telah Allah SWT anjurkan dan di amalkan oleh Rasulullah serta para sahabat iaitu dengan DOA. Doa adalah ubat yang telah diajarkan oleh Rasulullah saw dan hakikatnya ia adalah penawar yang diberikan oleh Allah swt kepada kita.
Pada hari ini, saya ingin kongsikan satu doa, yang saya peroleh daripada laman web Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam. Sebahagian daripada doa ini bersumber daripada ayat al-Quran, manakala sebahagian lagi didapati daripada hadis Rasulullah saw.
Ertinya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau ya Allah! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya), sesungguhnya akau adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (3 kali)
Kami berlindung dengan (kebesaran) kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan yang ada. (3 kali)
Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namanya apa yang ada di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (3 kali)
**Imej doa yang dipaparkan di sebelah kurang lengkap sebenarnya, ada sambungan lagi. Bismillahillaazi laa ya dhurru ma’as mihi syaiun fil ardhi … (sambungannya) wa laa fis samaai wa huas samiiu’l a’liim (3x)
Berdoalah pada waktu-waktu yang mustajab doa, seperti setiap kali selepas solat fardhu atau selepas bacaan yaasin pada waktu pagi.
InsyaAllah, mudah-mudahan Allah lindungi kita daripada bala dan melindungi kita daripada terkena penyakit wabak.
Amin..amin..Yaa Rabbal Aalaamin
OK
No comments:
Post a Comment