Thursday, May 27, 2010
Satu penantian...
Satu penantian...
tiba-tiba terdetik
nak mencoret
nak meluah
nak memberitahu
apa perasaan ini
apa yang di rasa
apa yang ditunggu
apa yang dinanti
argh!!!!!!!!!!!
tapi ia tidak terluah jua
hanya Allah yang Maha Mengetahui
apa perasaan diri ini...
hanya Allah yang Maha Mendengar
apa luahan hati ini....
hanya pada Mu Ya Allah aku berserah...
jangan biarkan walau sedetik dar masa, tindakan dan apapun kejadian yang berlaku ke atas diri ini terlepas dari pengawasanMu Ya Allah...
biarlah semua yang berlaku ini di bawah pengawasan Mu Ya Allah
jangan biarkan aku bersendiri Ya Allah...
jangan biarkan aku membuat keputusan tanpa mengambil kira redha dan rahmatMu Ya Allah...
Berilah aku ketabahan...
Amin...
noktah
Saturday, September 12, 2009
12 Golongan Manusia
01) Dihalau dari kubur dengan tidak bertangan dan kaki :
Adalah orang-orang yang menyakiti jirannya lalu mati tidak bertaubat.
02) Dihalau dengan berupa kepala babi berbadan manusia :
Adalah orang-orang yang tidak memberatkan solatnya.
03 )Dihalau dengan perutnya seperti gunung yang penuh dengan ular dan kala jengking :
Orang-orang yang tidak mahu membayar zakat.
04 )Dihalau dalam keadaan buta dan binggung :
Orang-orang yang melanggar hukum-hukum Allah.
05 )Dihalau dalam keadaan bisu dan pekak :
Orang-orang yang kagum / sombong dengan amalan - amalannya.
06 )Dihalau dari kubur dengan nanah dimulutnya dan berdarah lidahnya :
Alim ulama’ yang mengingkari ucapannya.
07 )Dihalau dengan keadaan tubuhnya luka parah :
Orang-orang yang menjadi saksi palsu.
08 )Dihalau dengan tapak kakinya pada kening dan jambulnya, lebih busuk daripada bangkai :
Orang-orang yang mengikuti hawa nafsu untuk kelazatannya.
09 )Dihalau dengan lidahnya terjelir dari mulutnya :
Orang-orang yang membuat fitnah.
10 )Dihalau dalam keadaan mabuk :
Orang-orang yang suka berbual kosong di dalam masjid.
11 )Dihalau dengan berupa babi :
Orang-orang yang makan riba.
12 )Dihalau dengan berupa kera :
Orang-orang yang menfitnahkan para manusia.
Moga-moga kita tidak tergolong dengan golongangolongan di atas ini. Na’uzubillahi Minzalik.
~ Pesanan : Barang siapa yang menyakiti hati orang Islam bermakna dia serupa dengan menyakiti hati Rasulullah s.a.w. Siapa yang menyakiti hati Rasulullah s.a.w., bermakna dia telah menyakiti Allah s.w.t.
Saturday, August 29, 2009
Isteri tuntut hak
“Saya menberi tahu suami, mulai sekarang saya nak abang masak untuk makan malam. “Pada malam pertama saya tidak nampak apa-apa. Malam kedua juga begitu. Akhirnya pada malam ketiga, saya melihat ada hidangan di atas meja ketika pulang dari pejabat, ” kata wanita pertama. Penonton bertepuk tangan dan bersorak tanda kemenangan.
“Wanita kedua pula bangun dan menceritakan pengalamannya. “Saya Linda. Selepas tiga tahun berumah tangga, saya akhirnya bosan kerana setiapa hari perlu mengemas rumah sedangkan suami tidur. “Saya bertegas meminta suami mengambil alih tugas itu atau kami mungkin bermasalah. “Pada hari pertama dan kedua, suami saya berdegil. Hari ketigabarulah dia akur dan saya kini tidak lagi perlu mengemas rumah!” sekali lagi dewan itu gemuruh dengan tepukan.
“Saya Affa,” kata wanita ketiga. “Saya juga bosan asyik membasuh pakaian setiapa hari. Saya berkeras menolak tugas itu pada satu hari dan meminta suami pula membasuh,” katanya. Penonton tetap bersemangat mendengar. “Pada hari pertama, saya tidak nampak apa-apa.Hari kedua juga tidak nampak apa-apa.”Mujurlah hari ketiga saya mula nampak sikit dengan mata kiri, tapi mata kanan saya masih bengkak kena belasah dengan suami,” katanya. Dewan itu tiba-tiba sunyi dan penonton melopong.
Thursday, August 27, 2009
5 Yang Merugikan
1) Sesiapa yang tidak memperdulikan ulama', maka dia merugikan agama
2) Sesiapa yang tidak memperdulikan pemimpin negeri, maka dia merugikan dunia
3) Sesiapa yang tidak memperdulikan jiran, maka dia merugikan sumber-sumber manfaat
4) Sesiapa yang tidak memperdulikan orang kuat, maka dia merugikan bantuan mereka
5) Sesiapa yang tidak memperdulikan keluarganya, maka dia merugikan kemesraan hidup
Tuesday, August 11, 2009
Pergerakan secara berlawan jam menghasilkan TENAGA POSITIF
Setiap kejadian ALLAH swt di alam ini semuanya bergerak berlawan jarum jam. Mengikut pakar metafizik, pergerakan secara berlawan jam menghasilkan TENAGA POSITIF.
- Dalam Islam, ketika seseorang thawaf di sekitar Ka’bah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam. Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam.
- Elektron dan proton di dalam atom mengelilingi nukleus secara berlawanan dengan jarum jam.
- Di dalam tubuh, sitoplasma mengelilingi nukleus suatu sel berlawanan dengan arah jarum jam. Molekul-molekul protein-protein terbentuk dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.
- Darah memulai gerakannya dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.
- Di dalam kandungan para ibu, telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam.
- Sperma ketika mencapai indung telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam.
- Peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya.
- Perputaran bumi pada paksinya dan di sekeliling matahari secara berlawanan dengan arah jarum jam.
- Putaran matahari pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam.
- Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi berlawanan dengan arah jarum jam.
- Galaksi juga berputar pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam.
- Rumahtangga ANDA tidak damai?? Cuba intip bagaimana isteri anda mengacau air semasa membuat air teh atau kopi. Adakah isteri anda mengacau secara berarah jarum jam atau secara berlawan jarum jam?Apabila isteri, pembantu rumah dan pembantu office buat air dengan mengacau secara ikut jarum jam secara tidak sedar mereka memasukkan TENAGA NEGATIF kedalam minuman dan akan menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam rumah, tempat kerja, masyarakat dan negara.
- Pakar Metafizik juga percaya manusia mulai diserang sesuatu penyakit apabila electron dan proton di bahagian tertentu dalam tubuh bergerak mengikut arah jarum jam.
TETAPI mengapa jam yang kita pakai dicipta bergerak ke kanan...adakah ini ciptaan gerakan FREEMASONS untuk menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam setiap manusia yang memakai jam tangan!!!
Diri ini mencari jam tangan yang jarumnya bergerak dari kiri ke kanan.
~Terima Kasih~
Friday, August 7, 2009
Cara Lain untuk Mengelak daripada Terkena Jangkitan Virus H1N1
Bismillahirrahmanirrahim...
Perkembangan terkini negara kita menunjukkan sudah lebih daripada 10 kematian yg berlaku disebabkan H1N1 yg sedang hebat melanda di seluruh dunia. Hospital-hospital dipenuhi dgn pesakit dan mereka yg datang bagi memeriksa kesihatan. Pesakit terpaksa beratur berjam-jam bagi mendapatkan rawatan. Kegusaran dirasai bukan sahaja oleh mereka yg balik dari luar negara, malah semua mula merasa gusar. Perkembangan ini membimbangkan semua pihak.
Sebagai seorang Islam, marilah kita kembali kepada kaedah yg telah Allah SWT anjurkan dan di amalkan oleh Rasulullah serta para sahabat iaitu dengan DOA. Doa adalah ubat yang telah diajarkan oleh Rasulullah saw dan hakikatnya ia adalah penawar yang diberikan oleh Allah swt kepada kita.
Pada hari ini, saya ingin kongsikan satu doa, yang saya peroleh daripada laman web Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam. Sebahagian daripada doa ini bersumber daripada ayat al-Quran, manakala sebahagian lagi didapati daripada hadis Rasulullah saw.
Ertinya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau ya Allah! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya), sesungguhnya akau adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (3 kali)
Kami berlindung dengan (kebesaran) kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan yang ada. (3 kali)
Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namanya apa yang ada di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (3 kali)
**Imej doa yang dipaparkan di sebelah kurang lengkap sebenarnya, ada sambungan lagi. Bismillahillaazi laa ya dhurru ma’as mihi syaiun fil ardhi … (sambungannya) wa laa fis samaai wa huas samiiu’l a’liim (3x)
Berdoalah pada waktu-waktu yang mustajab doa, seperti setiap kali selepas solat fardhu atau selepas bacaan yaasin pada waktu pagi.
InsyaAllah, mudah-mudahan Allah lindungi kita daripada bala dan melindungi kita daripada terkena penyakit wabak.
Amin..amin..Yaa Rabbal Aalaamin
OK