Saturday, August 29, 2009

Isteri tuntut hak

Satu seminar dia adakan oleh kumpulan wanita yang menuntut hak persamaan dengan suami masing-masing. Beberapa orang dijemput berucap menceritakan pengalaman mereka.

“Saya menberi tahu suami, mulai sekarang saya nak abang masak untuk makan malam. “Pada malam pertama saya tidak nampak apa-apa. Malam kedua juga begitu. Akhirnya pada malam ketiga, saya melihat ada hidangan di atas meja ketika pulang dari pejabat, ” kata wanita pertama. Penonton bertepuk tangan dan bersorak tanda kemenangan.

“Wanita kedua pula bangun dan menceritakan pengalamannya. “Saya Linda. Selepas tiga tahun berumah tangga, saya akhirnya bosan kerana setiapa hari perlu mengemas rumah sedangkan suami tidur. “Saya bertegas meminta suami mengambil alih tugas itu atau kami mungkin bermasalah. “Pada hari pertama dan kedua, suami saya berdegil. Hari ketigabarulah dia akur dan saya kini tidak lagi perlu mengemas rumah!” sekali lagi dewan itu gemuruh dengan tepukan.

“Saya Affa,” kata wanita ketiga. “Saya juga bosan asyik membasuh pakaian setiapa hari. Saya berkeras menolak tugas itu pada satu hari dan meminta suami pula membasuh,” katanya. Penonton tetap bersemangat mendengar. “Pada hari pertama, saya tidak nampak apa-apa.Hari kedua juga tidak nampak apa-apa.”Mujurlah hari ketiga saya mula nampak sikit dengan mata kiri, tapi mata kanan saya masih bengkak kena belasah dengan suami,” katanya. Dewan itu tiba-tiba sunyi dan penonton melopong.

Thursday, August 27, 2009

5 Yang Merugikan

"Sesiapa yang memandang rendah 5 perkara, maka dia rugi 5 perkara ;

1) Sesiapa yang tidak memperdulikan ulama', maka dia merugikan agama
2) Sesiapa yang tidak memperdulikan pemimpin negeri, maka dia merugikan dunia
3) Sesiapa yang tidak memperdulikan jiran, maka dia merugikan sumber-sumber manfaat
4) Sesiapa yang tidak memperdulikan orang kuat, maka dia merugikan bantuan mereka
5) Sesiapa yang tidak memperdulikan keluarganya, maka dia merugikan kemesraan hidup

Tuesday, August 11, 2009

Pergerakan secara berlawan jam menghasilkan TENAGA POSITIF

Pergerakan secara berlawan jam menghasilkan TENAGA POSITIF


Setiap kejadian ALLAH swt di alam ini semuanya bergerak berlawan jarum jam. Mengikut pakar metafizik, pergerakan secara berlawan jam menghasilkan TENAGA POSITIF.

  • Dalam Islam, ketika seseorang thawaf di sekitar Ka’bah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam. Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam.
  • Elektron dan proton di dalam atom mengelilingi nukleus secara berlawanan dengan jarum jam.
  • Di dalam tubuh, sitoplasma mengelilingi nukleus suatu sel berlawanan dengan arah jarum jam. Molekul-molekul protein-protein terbentuk dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.
  • Darah memulai gerakannya dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.
  • Di dalam kandungan para ibu, telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam.
  • Sperma ketika mencapai indung telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam.
  • Peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya.
  • Perputaran bumi pada paksinya dan di sekeliling matahari secara berlawanan dengan arah jarum jam.
  • Putaran matahari pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam.
  • Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi berlawanan dengan arah jarum jam.
  • Galaksi juga berputar pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam.
  • Rumahtangga ANDA tidak damai?? Cuba intip bagaimana isteri anda mengacau air semasa membuat air teh atau kopi. Adakah isteri anda mengacau secara berarah jarum jam atau secara berlawan jarum jam?Apabila isteri, pembantu rumah dan pembantu office buat air dengan mengacau secara ikut jarum jam secara tidak sedar mereka memasukkan TENAGA NEGATIF kedalam minuman dan akan menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam rumah, tempat kerja, masyarakat dan negara.
  • Pakar Metafizik juga percaya manusia mulai diserang sesuatu penyakit apabila electron dan proton di bahagian tertentu dalam tubuh bergerak mengikut arah jarum jam.

TETAPI mengapa jam yang kita pakai dicipta bergerak ke kanan...adakah ini ciptaan gerakan FREEMASONS untuk menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam setiap manusia yang memakai jam tangan!!!

Diri ini mencari jam tangan yang jarumnya bergerak dari kiri ke kanan.

~Terima Kasih~

MP

Friday, August 7, 2009

Cara Lain untuk Mengelak daripada Terkena Jangkitan Virus H1N1

Bismillahirrahmanirrahim...

Perkembangan terkini negara kita menunjukkan sudah lebih daripada 10 kematian yg berlaku disebabkan H1N1 yg sedang hebat melanda di seluruh dunia. Hospital-hospital dipenuhi dgn pesakit dan mereka yg datang bagi memeriksa kesihatan. Pesakit terpaksa beratur berjam-jam bagi mendapatkan rawatan. Kegusaran dirasai bukan sahaja oleh mereka yg balik dari luar negara, malah semua mula merasa gusar. Perkembangan ini membimbangkan semua pihak.

Sebagai seorang Islam, marilah kita kembali kepada kaedah yg telah Allah SWT anjurkan dan di amalkan oleh Rasulullah serta para sahabat iaitu dengan DOA. Doa adalah ubat yang telah diajarkan oleh Rasulullah saw dan hakikatnya ia adalah penawar yang diberikan oleh Allah swt kepada kita.

Pada hari ini, saya ingin kongsikan satu doa, yang saya peroleh daripada laman web Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam. Sebahagian daripada doa ini bersumber daripada ayat al-Quran, manakala sebahagian lagi didapati daripada hadis Rasulullah saw.

doa-elak-penyakit-wabak

Ertinya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau ya Allah! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya), sesungguhnya akau adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (3 kali)

Kami berlindung dengan (kebesaran) kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan yang ada. (3 kali)

Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namanya apa yang ada di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (3 kali)

**Imej doa yang dipaparkan di sebelah kurang lengkap sebenarnya, ada sambungan lagi. Bismillahillaazi laa ya dhurru ma’as mihi syaiun fil ardhi … (sambungannya) wa laa fis samaai wa huas samiiu’l a’liim (3x)

Berdoalah pada waktu-waktu yang mustajab doa, seperti setiap kali selepas solat fardhu atau selepas bacaan yaasin pada waktu pagi.

InsyaAllah, mudah-mudahan Allah lindungi kita daripada bala dan melindungi kita daripada terkena penyakit wabak.

Amin..amin..Yaa Rabbal Aalaamin

OK

Wednesday, August 5, 2009

Salam Perkenalan

Bismillahhirahmanirrahim
Selamat berkenalan